A Story From Mr. Naz

Blog about Persahabatan, Percintaan, Dan Perjalanan Sebuah Kehidupan.

Posting…

LPL Manor, Manila; 10.38 malam - Waihhhh…. bosan ler, bosan giler…Tetiba jer bosan menghinggap di kepala ni. Aku rindu tanah air tercinta la. Nak buat keje pun makin slow sekarang. Rasa tak best jer keje tempat orang ni… huhu~ Pegi keje, balik keje, tido… benda yang sama jer tiap2 hari.  Pastu pegi keje pun nak kena ngadap bos yang~ yang~ susah nak cakap ler.  Bosan lah, rasa macam nak balik Malaysia malam ni jugak.  Keje kat negara sendiri lagi best, semua ada, semua senang. Tak payah nak susah kan badan, tak payah nak susahkan otak. Awal2 sampai sini best lah gak, dapat lah tengok negara Filipina ni camne, tapi dah masuk 6 bulan….booooring giler… Keje pun teruk, tak macam org2 kedutaan yang lain, Dtg keje kul 7.45am balik lak kul 4pm.  Best nyer keje camtu. Taklah tertekan sangat. Aku ni, masuk 7.40am balik malam jer memanjang. Bukannya buat apa, dok menunggu bos yang tak pandai nak balik rumah tu.  Aduh, parah…parah.

Barang2 kat sini lak mahal giler… Makin mahal aku tengok. Gaji rm5ribu tu tak cukup… Tak cukup nak simpan untuk hari mendatang… Camnelah kalo gaji awah dari tu, sengsara ler jawabnyer.   Tapi alhamdulillah setakat ni makan minum pakai semua cukup, cuma aku penat jer… penat… penat… penat otak… penat badan… macam2lah…

Aku rindu Malaysia…. Malaysia ku tercinta….

Grand Livina or New Honda City

Cantik betul bila aku tengok kereta keluaran Nissan ni, Grand Livina. Lengkap dengan 7 tempat duduk dan yang penting sporty look. Nape2 ntah sejak kebelakangan ini suka sangat ngan keta2 besar nih (MPV).  Proton pun bulan 4 nie keluar kereta baru jenis MPV. Cantik gak aku tengok. Tapi aku kurang berminatlah dengan kerete proton ni, cukup 5tahun dah tak tahan…  Hampeh jer. Tengoklah kalo cukup budjet bleh beli Grand Livina nie. Tahan lama sikit kalo kot ader rezeki anak ramai kan. Heheh~ Anyway, baru2 nie Honda pun baru keluar kereta, NEW CITY. Smart gak ler cuma kete sedan. Enjin 1.5 i-vtec dengan paddle shift lagik tu. Giler arr smart. Letak jerlah angan2 dulu insyaallah tercapai gak dapat beli kereta2 nih…

Bisnes…

Bisnes lagi. Ok, bila dilihat-lihat, bila dipandang-pandang, bila dikira-kira, bila dikenang-kenang, duit gaji kita memang takkan cukup untuk menampung kehidupan yang kian maju dan MAHAL ni… Kalau kita bilang, banyak nyer gaji ngko. Tapi bila kita sendiri menjalani hidup ni, tak cukup jugak. Bila orang kata “Ngko keje kat negara orang ni mesti Kaya…” Kaya ker? Mewah ker?? Senang ker??? Jawapannyer TAK! Kenapa? Sebab kita kerja makan gaji… Keje makan gaji sampai bila2 takkan Mewah. Mewah tau, bukan senang. So, aku cubalah cari rezeki tambahan, kalo boleh. Try usaha kecil-kecilan dulu, kalo maju boleh besarkan lagik bisnes ni. Gambar aku pegang kertas keping2 tu bukan nak menunjuk, tapi kenyataan… Kita tak bleh harap pada makan gaji jer. Kalo ada peluang tu terus jer Grab… Jangan tunggu lama2. Bak kata seorg Ahli Psikologi, jangan lepaskan peluang yang ada lebih 48jam, kerana selapas tempoh tu peluang tu takkan ada dah. Bak kata seorg Chief MLM di Malaysia, “Idea pertama yang terlintas terus laksanakan..” Sekarang… semua dah berjaya mendapat side income yang diimpikan. So, buat kawan2 aku, what do u want to do… Do it… kerana ia melahirkan Du it….

M.A.N.I.L.A

Manila living room 2.35pm; Lama betul tak menulis blog nie. Sampai dah lupa camner nak buat. Tuptap…rupanya dah masuk 6bulan aku keje kat Manila ni… Pejam celik jer, alhamdulillah, banyak rezeki Tuhan berikan pada aku. Dapat juga aku guna kkereta di Manila ni.  Satu keperluan kereta ni memandangkan teksi diorang ni mahal giler. Boleh bankrup kalo naik teksi nie. Aku beli Mitsubishi Galant tahun 1990. Bolehlah aku gerak pergi pasar ker, pegi supermarket ke, yang penting pergi hospital.  Sekarang ni tiap2 bulan kena pegi buat checkup wife aku, rezeki Tuhan, wife aku dah pregnant 3bulan, insyaallah 7.8.09 ni bakal lahir.  Orang kata anak perempuan tapi tak tau ler, aku pun tak kisah, baby gurl ke, baby boy ke is the same.  Doa-doalah semuanya ok, anak sihat, wife pun sihat, aku pun sihat. Hehe~ Kerja tetap mcm biasa, penat. Tapi suma penat tu kuranglah sikit coz bos aku ni dah ok ckit… Anyway, journey at Manila still not at the end. Masih ada 2tahun lebih lagi nak hadapi. Kena simpan duit ckit utk baby bakal lahir nanti. maklumlah, brg2 kt cni mahal kan. Brg baby pun boleh tahan. But pakaian murah dan terkini. Nanti aku sambung crita lagi lah ek.  ngantuk plak. hehe~

3weeks at Manila

24 July 2008 - Huh’ penat betul kerje kat manila ni. Hari2 balik malam. Kebetulan malam ni hujan lebat pulak. Payung tak bawa, aiseh…redah je lah. Tapi wife aku lak sakit/tak sihat. Takpelah, aku redah je lah pegi mercury drug (farmasi) cari ubat. Dah beli… hujan masih lebat dgn angin… (mungkin ada taufan kat mana2 sampai ujan lebat gini). Aku redah gak, alang2 dah basah. Samapi selekoh Leviste ade eksiden lak, baru je jadi ni, berdarah kepala mamat tu, sian (dlm hatilah) tapi aku kena lari lagi ke Fraser. Sampai gak lah, minah jaga pagar ni pun tersenyum je tgk aku dh kuyup. “Evenig sir…are u ok…” Aku balas je ok tp dlm hati, dah nampak kuyup ni tanya lagi ok ke tak… Apa da… Nasib awek.

Dan sampai sudah aku di hotel, rindu kat wife aku… oklah, aku ngantuk esok nak keje. Magaling Gabi *Selamat malam.

Paalam. *Bye

Kakiku tika menjejak Manila…

PART 1

13July2008- Jam menunjukkan pukul 9.25pm, tapi bila dilihat diluar jendela ibarat pukul 11malam. Oh, aku lupa bahawa kini aku di negeri orang, negeri tanpa saudara dan adik beradik. Aku di Manila sekarang, menjunjung sebuah kerjaya dlm hidup ini. Aku cukup lega kerana isteriku mengikut bersama. Bersama2 menjalani hidup di perantauan. Walaupun di sini agar sukar untuk mencari restoran2, gerai2 makanan, tapi aku cukup lega kerana ada orang sentiasa memberi ku kesenangan. Aku rasa tanpa isteriku ini, mungkin aku akan kebuluran (tak pun makan je apa2 tanpa was2). Cukup aku berterima kasih padanya.

Aku juga agak lega kerana negeri ini tidaklah sesusah yang disangka. Segalanya ada, lengkap. Agak lebih kurang seperti di Malaysia. Cuma makanan halalnya sahaja (yang dah siap) yang agak sukar.

(Bersambung…)

Haaarrrr….

Hohoho… 11.45 malam, Jumaat. Bosan yang amat ler. Ntah nak buat apa. Aku cuba mencari-cari sebuah ‘cerita’ yang dapat menceriakan hidup ini.  Masih tidak ku jumpa.

Bisnes masih berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah berkat doa dariNya dan kesabaran ini aku yakin dapat mencapai 5-star CM satu hari nanti. Dapat gak RM2000 sebulan. Target nak beli rumah plak pasni.

Kahwin? Insyaallah tahun depan akan berlangsung. Tak sabar gak nak merasa hidup berumah tangga ni. Tengok kekawan semua ramai dah kawin, happy jer tengok diorang… heheh

Oklah… aku nak balik dah… Layan novel Awang Mursyid lak, A.D.A.M.  Syok gak layan novel di malam2 hari ni… Chow~

Nak kawin tapi tak cukup duit?

Kita selalu menangguh-nangguhkah niat baik kita nak kawin. Sebabnya duit tak cukup…Sedihnyer…

Tapi apa kata mereka yang ada problem ni klik gambar di bawah…

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=muaziskandar

Insyaallah, niat yang baik pasti direstui..

:)

Mengenali CInta…

Bagaimana menjadi pasangan yang lebih baik Bila
anda pernah mengalami putusnya hubungan cinta, dan
memikirkan serta menanyakan apa sebenarnya yang
telah terjadi , biasanya lebih mudah untuk
mengenali kesalahan pasangan anda, tetapi akan
lebih sulit untuk menentukan apakah anda sendiri
yang berbuat salah atas putusnya hubungan
tersebut. Semua orang umumnya akan berbuat yang
terbaik atas apa yang dilakukannya. Menjadi
pasangan yang baik juga merupakan suatu keharusan.

Dibawah ini terdapat beberapa tip untuk menjadi
pasangan yang lebih baik… .

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci
pertama adalah menguatkan iman anda sendiri.
Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti
hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai
titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda.
Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa
lalu , jangan selalu dikenang atau diingat.
Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja
anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk
pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa
anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka
anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami
keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah
mulai berpudarnya romantisme antara pasangan.
Umumnya pasangan yang akan retak melupakan
bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka
menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta
adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan
bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut
adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin
membahagiakan pasangan anda>
Berpa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu
untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin
anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin
membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan
anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali
anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut,
anda memperlebar jurang hubungan cinta anda.
Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada
pasangan anda bahawa anda kurang senang
mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif
lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan
hal-hal yang dia kurang senangi.

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu
pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal,
mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini.
Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan
tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan
anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah
lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan
berbuat benar?

7.. Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan
cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan.
Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan
anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada
anda pada masa yang akan datang?

8.. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur
hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik
dalam suka maupun duka… .

9.. Komunikasi Dunia berubah dari hari ke hari.

Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan
pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada
suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang
perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10.. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap
pasangan anda Cukup jelas…

11.Hormati pasangan anda

Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda
menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda
lebih menghormati teman anda daripada menghormati
pasangan anda.

12.Jujurlah selalu.

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan
berlangsung lama apabila dibangun dan didasari
atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak
pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi
fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan
mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda.
Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik
yang maksimum.

“Kenali lah cinta sebelum bercinta..”

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang? itu bkn cinta , itu KESETIAAN…

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana
kamu tidak ingin melukai hatinya? itu bukan cinta , itu BELAS
KASIHAN…

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat? itu bukan cinta , itu
PERSAHABATAN…

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya
dia yg kamu fikirkan? itu bukan cinta , itu DUSTA…

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yg membutakan dan x terfahami..
menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? itulah CINTA…

Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya? jika demikian , itulah CINTA…

Adakah kamu tertarik dgn org lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan? jika demikian , itulah CINTA…

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat? itulah CINTA…

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? itulah
CINTA…

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu
begitu mendalam sehingga menusuk? yg demikian itulah
namanya CINTA…

"Life without friendship is like the sky without sun"… Apabila
nafsu dikuasai syaitan.. insan menjadi haiwan dan jiwa mulai
akan tertekan.. Di sini teman diperlukan utk berkongsi
pengalaman… disini…